UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Mohamed Isa Zainiah, Abdul Hamid Nur Asiah,
Title :Peranan ibu bapa dalam memastikan pencapaian literasi kanak-kanak prasekolah semasa berada di rumah (IR)
Year of Publication :2012
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Kajian ini dijalankan bagi menentukan hubungan antara aktiviti literasi yang dilakukan oleh ibu bapa di rumah dengan pencapaian literasi anak-anak mereka. Kajian ini memberi tumpuan kepada aktiviti membaca bersama, menyediakan bahan bacaan dan juga tempat membaca bagi kanak-kanak prasekolah semasa mereka berada di rumah. Seramai 80 orang kanak-kanak dan ibu bapa mereka telah dipilih sebagai sampel kajian. Data diproses menggunakan perisian SPSS bagi menganalisis, peratusan, dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan tiada hubungan yang signifikan terhadap pembolehubah-pembolehubah yang diuji. Dapatan bagi aktiviti membaca bersama r=.018, p > .05, menyediakan bahan r=.035, p > .05, dan tempat membaca r=.007, p>0.05. Keseluruhan analisis kajian tidak menunjukkan hasil yang menggalakkan. Pengkaji mencadangkan agar ibu bapa diberikan bimbingan keibubapaan untuk mendidik anak-anak di rumah dengan lebih efektif supaya kanak-kanak mendapat faedah pendidikan samada di rumah mahu pun di sekolah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)